KEJAYAAN BERGANDA……ANAK BURUH DAPAT 5A UPSR 2015…..

KBG 18 NOV 2015     –      BUKAN calang-calang orang boleh dapat 5A didalam keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tanpa kerja keras diantara cikgu, ibu-bapa dan diri sendiri.

Tetapi adik Nafesah Che Abbas boleh mendapatkannya. Beliau telah buktikan walau beliau anak seorang pekerja buruh dan anak kampung, beliau mampu mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR 2015.

Adik Nafesah merupakan salah seorang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis telah dinobatkan berjaya memperolehi 5A UPSR tahun 2015.

Ayah adik Nafesah hanya seorang pekerja buruh dan ibunya seorang suri rumah tangga sepenuhnya. Merekalah orang yang paling gembira sekali diatas kejayaan adik Nafesah. Mereka adalah ayahnya Che Abbas Che Senapi dan ibunya Zurina Baharom.

Bercita-cita menjadi doktor. Kami warga Kampung Behor Gandil setinggi gunung kami mendoakan adik Nafesah mampu menggapai cita-citanya. Kami juga ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada adik Nafesah, ibu-bapa dan cikgu sekolah adik Nafesah belajar erti Aa, Bb, Cc…..dan sebagainya sehingga mampu melahirkan insan terpelajar seperti adik Nafesah binti Che Abbas.

Kami bangga diatas kejayaan anda dan semoga kejayaan anda menjadi pemangkin kejayaan semua.

“Kampung Bahagia Masyarakat Berjaya”

UPSR 2015

Adik Nafesah sedang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2015

Advertisements

Kemenangan berganda…..Kemenangan bergaya.

KBG 26 OKT –       PADA siang hari,  Kampung Behor Gandil membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.00 kerana dinobatkan menang sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2015.

Manakala pada malam hari pula Kampung Behor Gandil telah dinobatkan menang sebagai Johan dalam Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Peringkat Negeri Perlis 2015 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.00.

TAHNIAH ! ! !…..warga Kampung Behor Gandil. Semua warga KBG dibawah kepimpinan Encik Nazuwan bin Mat Rashid dan barisan JKKK Kampung Behor Gandil…..anda semua adalah TERBAIK…..

IMG-20151026-WA0009 IMG-20151026-WA0031

Penghakiman Pertandingan “ADS1M” Peringkat Negeri Perlis 2015-KBG

KBG 7 OKT – MAJLIS penilaian,  pemarkahan dan penghakiman pertandingan “Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia” Peringkat Negeri Perlis 2015 keatas Kampung Behor Gandil telahpun berlangsung didalam suasana penuh gilang-gemilang. Acara sambutan barisan panel hakim dimulakan dengan perarakan bunga manggar, paluan kompang dan penyertaan rakan muda membawa bendera Malaysia serta kanak-kanak Pra-Sekolah dengan memakai pakaian bertemakan Patriotisma dan Kemerdekaan yang diketuai oleh Encik Nazuwan Mat Rashid selaku Pengerusi JKKK Kampung Behor Gandil sehingga memasuki perkarangan khemah khas untuk sesi penghakiman diadakan.

                   Semua warga KBG dan tetamu jemputan telah memenuhi setiap ruang perkarangan khemah tersebut dengan kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat Ir Tuan Shaharuddin Ismail Ahli Parlimen Kangar merangkap “Bapa Angkat KBG”. Majlis ini juga turut dihadiri Setiausaha Penyelaras DUN Indera Kayangan Encik Ahmad Suhaimi Kassim dan juga semua pengerusi-pengerusi JKKK didalam Kawasan DUN Indera Kayangan.

                  Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan ikrar KBG serta diakhiri dengan laungan MERDEKA……MERDEKA……MERDEKA.

               Jumlah hakim yang terlibat adalah seramai 9 orang yang diketuai oleh Encik Wan Ahmad Fazli Wan Kamis merangkap Pengarah UPD Negeri Perlis.

                 Penghakiman dimulakan dengan tayangan Video Korporat KBG yang merangkumi 7 aspek wajib bagi memenuhi syarat-syarat pertandingan ADS1M. Antaranya adalah Aspek Kepimpinan & Pentadbiran dan Aspek Ekonomi & Keusahawanan sehingga selesai.

                Kemudian peroses penghakiman diteruskan dengan sesi menemubual & soaljawab antara Panel Hakim dengan setiap Pengerusi-Pengerusi semua 7 aspek wajib dan diakhiri dengan sesi lawatan ke lapangan secara rambang keatas aspek-aspek yang diketengahkan melalui  tayangan Video Korporat tadi.

                Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua barisan JKKK KBG dengan semua barisan Panel Hakim.

               Semoga Kampung Behor Gandil akan terus mara dan beroleh kejayaan dan dapat mewakili Negeri Perlis dalam Pertandingan ADS1M 2015 di Peringkat Kebangsaan nanti.

“Kampung Bahagia Masyarakat Berjaya”.

20151007_095756

20151007_103825

IMG-20151007-WA0017

IMG-20151007-WA0024

Kampung Bahagia, Masyarakat Berjaya