Profail

MENURUT cerita orang tua-tua, nama Kampung Behor Gandil ini berasal dari sejenis pokok yang dikenali sebagai “Pokok Kandis”. Kini pokok tersebut telahpun pupus dan yang tinggal hanya nama saja.

Kampung Behor Gandil pada ketika itu terdapat banyak tanah lapang dan terbiar. Kawasan ini disebut sebagai “Behor”. Di behor inilah pokok-pokok kandis tumbuh dan mengeluarkan buah yang masam dan amat berguna untuk masakan “asam pedas ikan air tawar”.

Oleh kerana orang tua-tua dahulu bahasa dialek percakapan sedikit pelat-pelat bahasa, perkataan nama Pokok Kandis disebut Pokok Gandil. Maka bermula dari situlah sehingga kini kampung ini dikenali sebagai Kampung Behor Gandil.

Kampung Behor Gandil merupakan… kampung di pinggir bandar. Lokasinya 3 KM dari Bandar Kangar di naungi Parlimen Kangar dan dibawah kelolaan Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.

Penduduknya 100% berbangsa Melayu. Jumlah penduduk seramai 304 orang, 103 keluarga, 99 buah rumah, sebuah dewan & surau, sebuah stesen minyak dan taman perumahan mewah mengandungi 22 unit rumah 2 tingkat berkembar.

Pekerjaan penduduk Kampung Behor Gandil rata-rata bekerja sendiri, kakitangan kerajaan/swasta, berniaga, pertanian/perikanan, pembuatan, pengangkutan dan sewa rumah/kedai/jentera (Backhoe, Teksi & Lori)

Purata pendapatan per kapita penduduk Kampung Behor Gandil sebanyak RM2,500 sebulan. Adalah menjadi kewajipan kepemimpinan Kampung Behor Gandil untuk membawa semua penduduk Kampung Behor Gandil memperoleh purata pendapatan per kapita sebanyak RM5,000 sebulan menjelang 2020.

“Kampung Bahagia, Masyarakat Berjaya”.

Advertisements

Kampung Bahagia, Masyarakat Berjaya

%d bloggers like this: